Powered By Blogger

Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya Tersungkur ... Headlines utk Blog aku kali ini, yela...tak nak terlepas juga dari insan yg melahirkan rasa kekecewaan atas beberapa faktor yang menyumbang ke arah kejatuhan ni. Nak berperang tapi kelengkapan tak cukup. Berperang dengan 'pistol' bertembung dengan 'homing missile' ibarat kata aku la, ... Malaysia bermain dengan serba serbi kurang, mungkin banyak faktor jua. Gugup mungkin salah satu, mcm aksi antarabangsa, ada pre-jitter match bila bertandang ke padang lawan...tak nafikan kondisi padang yg less average. Mutu pengadilan juga menjadi tanda tanya bilamana keputusan yang dibuat pengadil menjadi duri dalam daging si harimau. Tersimpan taring sang harimau ranap dek gajah. Aku selaku penonton bersama beberapa Ultras Malaya terpaksa menerima hakikat, sorakkan di Supachalasai Stadium (สนามศุภชลาศัย)hanya menjadi kebisingan di telinga para pejuang harimau ... harap2 nanti Harimau akan bangkit, mungkin untuk Sukan SEA ... Selamanya Harimau Malaya
"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

Thursday, December 13, 2012

Setelah menyepi hampir 2 tahun ... kira bulan satu 2011 dan skrg bulan dua belas 2012, kenapa ekk? entahlah, aku slalu sibuk dgn hal dunia, keluarga dan peribadi. Sekarang hidup aku makin tersusun sebab dulu memang kelam kabut sket sebab apa yang terjadi selalu tiada dalam perancangan :) Hadapi dengan senyuman Tunggu game Malaysia VS Thailand

Saturday, January 29, 2011

Alahai Pengutip Dana, sungguh kasihan

Salam 1 Malaysia macam slalu...

Topik hari ini ... kanak2 dijadikan 'pengutip dana' utk satu2 organisasi...patut atau tak?
Apa yg dapat aku simpulkan ... aku sungguh tak bersetuju kepada propaganda ini, ia mungkin terjadi atas sebab organisasi tersebut ingin memajukan tujuan atau objektif tertentu tapi kekurangan dana utk meneruskannya, bagi aku kan...klau satu organisasi non profit itu ditubuhkan ada caranya utk kita mendapatkan dana, bleh kita mencuba kepada badan2 berkanun yg tertentu dan ada jua cara alternatif seperti menghebahkan kepada media massa, tambahan skrg ni banyak saluran 'percuma' demi kebajikan.

Aku pernah menemuramah seorang dari 'pengutip dana'[ada hati nak jadi wartawan tu], aku rasa kes yg sama korang hadapi bila nak isi minyak di stesen atau bawa keluar duit di
ATM [auto teller machine okek, bukan angkatan Tentera ]. Mula2 aku tanya soalan2 yg standard la macam kebanyakkan orang tanya, soalan2 seperti "Dari mana ni?
""Kutipan utk apa ni?" dsb, lepastu aku mula bertanya soalan yg agak 'out of the box' agaknya dia pn tak expect... "Dik cakap tadi macam dialog yg orang ajar ja?""Tadi abang jumpa orang kutip dana macam adik gak di ******* dia pun cakap macam adik juga, jual barang macam ni juga, kawan adik ka?""Abang nak jumpa orang yg hantar adik ni, abang nak tanya dia berapa lagi tak cukup dana" soalan2 macam ni buat adik tu terkejut, terlopong dan dia lantas gegas pergi dgn pantas, aku panggil dia balik dan dia dah tak toleh belakang.

Kesian aku kepada apa yg terjadi dgn diorang ni, tambahan lepas baca petikan di KOSMOS ni, tak sangka 'mereka' dipergunakan sebegitu. Kenapa aku bangkitkan isu ni? sebabnya tadi aku isi minyak aku dah di 'attack' oleh adik2 ni...dan nak dijadikan cerita aku sempat melihat van yg menurunkan adik2 ni,drivernya wanita 30an...maaf klau aku kata aku t
ak 'hulur' tapi apa yg aku buat aku mula tanya soalan ... "Lepas ni adik ke mana pula?""Van no KB***** ni ka yang ambik?" skali lagi diorang terlopong, diorang cuma balas "Tolong la abang, bantu kami", apa yg aku nampak di wajah budak ni, bukan wajah yg nak dikasihani sbb kesusahan, tapi wajah 'takut'...mungkin takut didenda jika gagal memenuhi 'quota' yg dikenakan oleh pengendali mereka.





Ini adalah contoh resit yg mereka akan berikan ... utk pengetahuan semua aku ada 15 resit ni dah. Banyak kan? [yg gambar ni aku pinjam dari internet, sebijik sejibam resit ni sama dgn resit yg aku miliki]Ada ketika aku ada cakap kepada beberapa orang yg 'berduit' apakata call no ni dan tanya macam mana nak buat sumbangan... ada skali bila dilawat[bukan tempat tertera di resit ni], salah sebuah tempat di Perak nun ... kalau no yg tertera di resit ni korang nak call nak bagi sumbangan...please lawat dulu. Takut jadi macam kami, bila sampai ja di Perak, apa yg kami lihat penempatan yg sangat dhaif tapi banyak van teratur di luarnya, kami 'usha' selama 4 jam dari pagi sampai tengahari nak tgk aktiviti yg berlaku, kami nampak adik2 ni seawal pagi dah naik van2 ni utk dihantar ke tempat2 tertentu, aku tak tuduh melulu kerana apa yg aku lihat dan ekori aku dapat maklumat [utk pgtahuan yg baca posting ni, kejadian ni setahun lepas, maklumat dah di diberi kepada akhbar tempatan, beserta gambar skodeng aktiviti ini], aku pn ada 'menemuramah' salah sorang adik yg sempat aku jumpa depan ATM, dia dah nak lari tapi aku sempat tangkat tangannya...aku bawa dia p minum [lepas aku usha line clear, sebab adik ni cakap diorang diperhatikan] aku tanya la soalan2 yg banyak...dan ternyata kesangsian aku terjawab, adik ni ada bagi no phone mak saudaranya dan kami telefon cerita akan kesusahan yg dia hadapi dalam organisasi berkenaan, mula2 kami dituduh macam2 tapi lepas aku bagi nama adik tu dan beberapa 'kronologi peristiwa' yg berlaku, mak saudaranya akur dan berterima kasih. Disingkatkan cerita sebulan lepas tu sahabat aku yg berkenaan dihubungi dan diucapkan terima kasih dan daripada perbualan itu, aku dapati organisasi berkenaan telah dibubarkan... sekian wallahu alam [aku ada kerja nak buat]

Wednesday, January 26, 2011

Diari Perjalanan Hari Ini Bhg 2

Lunch dah sudah ...sambung menaip ... smua pakat ada meeting tinggal aku terkontang kanting, tugasan yg diorang bagi aku dah selesaikan...memang klau nampak file bertimbun nak kena key in data dan sebagainya...tapi disebabkan kemudahan yg ada dalam komputer, untung klau ada ilmu selaku end user dalam application yg melibatkan workbook dan documents ni...

Berbalik kepada cerita yg nak disambung tadi...hari ni macam ada suwey ketika aku menyeberangi Jambatan Pulau Pinang aku macam dah bau pelik ...alih2 khinzz ada depan ... satu lori...busuk punya orang, aku terus 'overtake' dek tak tahan bau yg macam najis, sebbaik tadak air2 busuk berterbangan kena aku. Dah hampir nak sampai aku skali lagi dihimpit oleh lori besar,drebanya seorang India yg hanya senyum bila aku mencebik muka ... aku bagaikan dalam wind tunnel...nak merentasi angin yg ditimbulkan ...macam nak terjatuh motor skali lagi demmit... akhir kata aku sampai ofis...

kuang kuang kuang...ada kurang dari soploh orang yg tgh dok menyembang, apa dah jadi semalam? ooo ada yg apply additional leave dan ada yg MC rupanya gara2 seronok berparty tatkala Company Dinner smlm ... Boss pn tak masuk...tunggu punya tunggu aku dah macam pancing ikan ni, tersengguk2 mengantuk...kerja mula menimbun...aku ke belakang utk bersenam dan aku terus buat keja dan habis [malas dah nak bercerita...susah rupanya nak buat diari, ok I gave up diary la klau mcm ni] sambung lagi nanti ...

Diari Perjalanan Hari Ini Bhg 1

Salam Blog 1 Dunia...[klau2 ada yg baca di kejauhan]

Mula2 skali macam yg aku nak 'letak'kan di sini, aku tanak blog aku jadi

macam diari hidup aku...kecuali macam harini aku nak letak tajuk Diari

Perjalanan Hari Ini, dan aku mula menaip blog ni kat notepad pada pkl 10

pagi di kala kurang dari sepuluh orang di dalam ofis aku akibat semalam

dinner ofis sakan di Hokkaido Restaurant kat Gurney, aku plan nak attend

tapi aku tak jadi sbb atas beberapa sebab yg membuatkan aku gusar

sangat...sekejap aku menyimpang dari tujuan asal tajuk blog harini,ni

kira flashback sbb apa aku tak hadiri jamuan ofis semalam...begini

ceritanya:-

Mula2 aku akan bercerita kenapa aku tanak join dinner, aku was2 dgn

restoran berkenaan, macam tak halal jerk. Lepastu aku dah ada anak bini

menunggu di rumah,klau boleh bawak diorang lain le cerita, ni anak kecil

lagi lepastu bini penat balik kerja jauh...sayang bini aku sebab dia

berulang alik dari Bedong ke rumah aku di Butterworth...60km lebih tu.
Dan akhir skali harini nak kerja, klau aku attend dinner konfem aku

balik lewat gilos, klau feri, ya ampun....mesti dalam 12 tgh malam la

aku sampai.Kalau feri aduh, meredah angin malam naik motorsikal sure

agak dingin terasa...No way Jose, Never Say No attitude must change...

Berbalik kepada Diari Perjalanan Hari Ini, seawal 5.30pagi bangun

sedangkan tidur selewat pkl 2pagi sbb penangan dek kopi dan membaca

manual printer HP yg tak faham2 masalah menimpa printer tersebut, james

baum sungguh masalah menimpa, call HP center,dia suruh try baca

troubleshooting[dah baca tapi aku tak faham].So bangun pagi buat kerja

rutin ubah kereta yg dok bawah porch, pastu perangat enjin

motor.Kemudian solat Subuh, babai bini pergi kerja, main dgn anak,buat

susu dan susukan anak sampai tidur. santapan pagi sambil tgk Raudhah

TV9,sambil bukak PC...tgk FB dan Tahniah kepada Abg Shairol dan Kak Zura

atas kelahiran baby boy mereka yg baru...syiok dapat anak ni :).Selesai,

terus gerak ke ofis...melalui hiway ke Jambatan Pulau Pinang.

Peristiwa2 semasa merentasi hiway dan Jambatan P.Pinang tadi pagi masih

terbayang di kepala otak aku, bersyukur skrg aku dah berada di ofis tgh

menunggu waktu lunch datang tiba. Peristiwa apa ekk? Ini ceritanya,

mula2 aku keluar dari kawasan perumahan ja aku dah menjadi saksi kepada

kemalangan yg baru sahaja berlaku, darah masih basah di atas jalan,

mangsa2 dah diubah ke tepi,kemudian waktu aku merentasi hiway,ada lori

yg membawa pasir kasar menghimpit aku yg hanya naik motor...yg aku

marahnya sebab lori tu langgar jalan yg tak rata dan pasir2 tu jatuh ke

atas aku dan jalanraya...darn in, sket ja lagi aku nak tergelincir

jatuh...horn moto aku tak berbunyi plak...lepas try balancing diri aku

memecut laju motor aku,baru ja aku plan nak bawak relaks2.Kemudian mula

nak sampai di tol jambatan, ada banyak kenderaan berhenti di pinggir

jalan dan hampir menyebabkan aku terlanggar beberapa kenderaan, sebab

aku dihimpit kenderaan besar dan tiada ruang utk aku di tepi, beberapa

motor di hadapan aku membrek mengejut akibat yg sama,jambatan macam

biasa je, kenderaan memandu selaju yg mungkin, disulam angin yg kencang

menyukarkan aku beberapa kali aku hampir jatuh bila treler dan lori

besar lalu di sebelah aku, sangat sukar, tambahan ada kemalangan atas

jambatan yg menyebabkan trafik menjadi 'congested'

Chup chup peyut dah bunyik ... nak lunch sambung kendian hihi poton

sungguh (d}.@.@.{b)
_UU_

Kisah Solat

Alhamdulillah tadi bangun sebelum ke tempat kerja aku sempat tonton Raudhah at TV9...Bhg 1 Khusyuk dalam solat... pertanyaan Ustaz akan solat kita ni ilmu yg kita perbaharui atau ilmu yg kita bawa dari kecil; zaman sekolah rendah? sesungguhnya perjalanan di dunia ini tak ubah seperti kita menyusui madrasah ilmu jadi ilmu fardhu ain dan kifayah kita seharusnya di 'tambah' selari pertambahan usia kita. Beliau (ustaz) menyarankan kita agar 'overhaul' ilmu solat kita agar kita lebih mudah utk mengkhusyuk kan solat...aku pasti korang juga macam aku, tak pernah khusyuk solat, maaf klau pertanyaan ini ibarat pertuduhan.

Bab solat ni, Insya Allah aku rasa kepada para jejaka yg nak kahwin ramai yg cuba refresh balik ilmu solat, even ada yg bertanyakan aku macam2 pasal solat dan persoalan yg bakal di'cuba' sblm akad nikah atau sblm menjadi suami/isteri smoga kita akan praktikkan ilmu yg kita tambah dan perbaharui tu,kenapa aku cakap perbaharui...sbb solat yg kita bawa kadang2 utk sesetengah Muslim adalah ilmu budak2, solat photostat bukan solat ilmiah, [aku pn sama dengan je] mungkin tahun baru ni aku bertekad, paling tidak pn aku refresh maksud2 lafaz dalam solat termasuk surah Al-Fatihah dan surah2 lazim yg aku sering ulang aku mengajak jua kepada yg baca ni utk sama2 menambah ilmu...satu lagi perkara yg ustaz tersebut sarankan... 'kuat'kan ilmu cara bacaan Al-Fatihah yg betul...penting sebab surah berkenaan adalah salah satu rukun solat ... smoga sedikit ilmu yg aku kongsi ni bermanfaat utk semua ... klau dulu 'kita' tergolong dalam 80% muslim yg jarang sempat bersolat 5 waktu, jangan kita jatuh ke dalam golongan yg jarang2 bersolat atau cuma bersolat Jumaat sahaja...mari kita masuk dalam golongan 1% yg menunaikan solat jemaah di masjid..Insya Allah a'la kullihal ... selamat beramal

Tuesday, January 25, 2011

Cerita pasal Filem tgk

Apa pendapat anda tentang filem2 barat yg men'jajah' panggung kita skrg? Mesti ada yg tak setujua perkataan 'jajah' ini ditaip kan? Aku ada sebab tertentu kenapa aku letak jajah,sbb klau aku kira dulu mereka jajah kita secara fizikal, skrg secara mental la,satu perbandingan yg menyebabkan kadang2 filem Malaysia jauh ketinggalan. Kenapa aku menulis tentang perkara2 ini adalah kerana aku rasakan kalau sesuatu benda yg menarik utk ditayangkan adalah pasti untuk peminat atau penonton pergi melihat, betul kan?...filem2 Malaysia seolah2 memiliki 'musim' yg tertentu, aku agak 'tak suka' dgn 'musim2' tersebut. Mungkin agak sinikal klau aku katakan dulu aku memang tak suka masuk panggung kalau nak tengok cerita2 Melayu, waktu tu sure 'musim' cerita cinta-cintun. Sekarang aku rasa filem2 Melayu sudah 'maju' setapak, kadang2 cerita2 yg korang tak suka aku suka, sebab kelainan agaknya, pengarah2 macam Arwah Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Ahmad Idham dll lagi...dengar kata filem Khurafat arahan Shamsul Yusoff juga menarik, tapi skrg dah sampai waktu aku muak dgn filem2 seram...'musim' filem Malaysia buat filem seram agaknya...Aku masuk panggung tak? Ya aku masuk, cerita apa yg aku tengok? ermm ikut mood agaknya, sebab itula aku mahukan kelainan setiap kali aku nak tgk wayang, aku bukan protagonis kepada filem2 barat mahupn aku antagonis kepada filem2 tempatan, cuma aku harap kepelbagaian sahaja. Aku tgk Talentime arahan Yasmin Ahmad dgn rasa, cerita ni bagus tapi panggung tak sampai 50% penontonnya, hello...aku tonton hujung minggu ni beb. Cerita2 merepek dari barat masih ramai yg memenuhi panggung walaupn dah baca review kata cerita tu cuma B class sahaja.

Cerita baru yg akan keluar tajuknya No String Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher yg mengisahkan tentang macammana Casual Sex 'dibenarkan' atau OK bagi orang2 barat...adakah filem ini akan melepasi tapisan LPF dan FINAS utk ditayangkan di Malaysia? Tunggu dan lihat lah sebab macam dalam satu wawancara yg aku tgk di salah sebuah stesen televisyen tempatan seorang dato' yg bergelar penerbit/pengarah mengatakan LPF di Malaysia skrg lebih 'terbuka' utk menerima pelbagai genre filem, klau macam tu adakah filem Malaysia akan berkembang sealiran dgn filem2 luar, atau filem Malaysia akan jadi macam Bollywood, not bad juga...tapi mampukah? Tungguuuuu nanti kita tgk macam mana jadi...

p/s: sorry tak ingat dan tak belajar nak buat linkage lagi...akan belajar dan link kan perkara2 yg disebut ... Maaf dipinta

Post utk semalam

24 January macam2 ada

Mula-mula skali aku mesti mengucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana memenangi Malaysian Open ... Taufik Hidayat pn kira okla walaupun bukan Lin Dan,aku sempat tgk saat2 akhir ja pn match ni, blog ni 'lag' satu hari sbb smlm aku balik rumah terus pengsan penat..korang bleh drive motor 60km/- satu hari suntuk ka?berhenti isi minyak ja...aku buat 7 hari berturut2, penat sioott aku bukan rider la sangat.

Harini [bersamaan tarikh blog] otw ke tempat kerja ja dah dipersaksikan dgn pelbagai jenis kemalangan di jalanraya dan highway, kecut plak aku dibuatnya...tgh memecut 120km/jam bukan all the way tapi kekadang[max moto aku ni lepas 'koyak' minyak full] terus aku slow kan jadi 90-100 km/jam sbb risau melanda, jambatan plak 'jem' bila aku sampai, Isnin mesti banyak kenderaan atas jambatan nak masuk Penang, feri pn sama ja. Macam la Jumaat bila nak keluar dari Penang.Masuk ofis sedikit lewat tapi sign 'Close' masih tertera kat pintu masuk, takkan smua kena Monday Blues kot?tengok dalam smua dah sampai, ada 2 3 muka jeling je kat aku, I don't give reason ok, my bad for showing up late,want reason ask me lah [kerek je bunyi kan].

Harini cam besa, kerja aku surfing web kerajaan utk isi borang APDL dan 7(f) ... klau korang kerja dgn developer/pemaju perumahan, korang fahamle apa yg aku cerita ni...klau tak,harap maaf :P... sekian utk kali ini

Sunday, January 23, 2011

HARD CORE jokes...

Mild reading for the faint heart hahaha sorry for any excessive word or impression ... just enjoy reading and please have wild imagination about it :P

*Bizarre interview*

A man walks into a building and tells the manager that he wants to join their organization. The manager says, "Okay, but there is one rule you have to follow. You cannot get an erection while you are trying to join this group." The man says O.K.

He is stripped of his clothing. A bell is tied around his penis and he is put into a room with nine other men who are also trying to join. Then a naked woman is sent walking across the room and nine bells are quiet, and his is ringing away. The man begs for another chance and is given this chance.

The woman walks by again and again the man's bell rings again. The manager says to the man, "Pick up your stuff and go. You are unfit for this organization."

As the man bends down to pick up his stuff, the other nine bells start ringing.

*An accountant for the mob*

There was this man that was an accountant for the mob. He happened to be deaf and mute. While working for the mob he collected over 500,000 dollars by stealing from the books.

The mob boss finds out about this and sends two hitmen to his house. Since the accountant was deaf and mute his brother translated what his brother said.

Hitman: where is the money?

Accountant signs he does not know

Brother: he said he does not know

Hitman: tell us where the money is or we will kill your wife and kids, burn down your house, and castrate you!

Accountant signs fast and furiously that the money is in a safe that is hidden in the floorboard of his closet and gives the combination.

Hitman: what did he say?

Brother: you don't have the balls!

*Unique Advertisement*

A substitute teacher walks into the classroom on the blackboard she sees a message. It says, "Jimmy Poole, has got the biggest tool, in the whole damn school!"

She yells, "Whose Jimmy Poole?"

This kid in the back stands up and says, "I'm Jimmy Poole."

"Well, Jimmy, your staying after school!"

The very next day when the substitute teacher walks in, she looks up at the blackboard and written on it, it says, "PAYS to ADVERTISE."

*Will it hurt Doctor?*

A woman goes to her doctor who verifies that she is pregnant. This is her first pregnancy. The doctor asks her if she has any questions. She replies, "Well, I'm a little worried about the pain. How much will childbirth hurt?"

The doctor answered, "Well, that varies from woman to woman and pregnancy to pregnancy and besides, it's difficult to describe pain."

"I know, but can't you give me some idea?" she asks.

"Grab your upper lip and pull it out a little..."

"Like this?"

"A little more..."

"Like this?"

"No. A little more..."

"Like this?"

"Yes. Does that hurt?"

"A little bit."

"Now stretch it over your head!"

Happy reading ... that's all for now folks see ya next time

Work at Google...berapa pekerjanya di Malaysia?

Posting di kala bosan di opis ni, kerja aku kena tunggu kerja orang lain habis...klau aku datang kerja harini tapi kerja yg aku tunggu tak sampai2, agak2 apa yg aku sedang buat...so di samping aku tgh dok convert pdf files kepada tiff dan jpeg, aku dok convert wmv kepada mpeg ...smua jenis makan masa...aku surf dulu, konon2 nak mintak kerja di Google macam mana?...tadak advertisement...so terjumpala aku mamat [mamat meh?, lengchai la kot lebey proper] namanya Hanson Toh bleh la refer blognya atau cari profile dia di google search...klau korang nak kenai dia dan nak tau macam mana dia bleh bekerja di Google,interested education background...lepas aku baca, agaknya aku langsung tak seswai, manatau klau korang seswai ... check this out http://hansonatlarge.blogspot.com/ atau cari link macam ni sama http://www.linkedin.com/in/hanson

Apa2 pn ni cuma nak buka sket mata kita ... orang Malaysia pn ada kerja utk company yg ternama, I mean normal Malaysian la kan [does going to Harvard or Oxford consider normal?,just asking hihi ] .... selamat membaca

Friday, January 21, 2011

Salam sejahtera dan Salam satu Malaysia... [pengantar diri =

aku,korang,hangpa dsb]

Mungkin agak proper kepada sesetengah pihak utk aku address kan yg aku rasakan diri ini sedang bengong bukan bingung, posting yg saling tak tumpah seperti zaman aku ligat berblog dahulu mungkin tiada lagi, sentuhan inspirasi yg dahulunya kini menjadi sentuhan kecundang... klau dulu aku berlari2 dalam mengarang blog saling tak tumpah seperti mempunyai kolum tersendiri dalam akhbar harian,ada topik dan isi mencurah2 ada dateline, habis kelas je di U terus mengadap desktop mengarang bahan2, diam tak diam ramai yg tak tahu aku terlibat dalam projek webmaster U aku,low profile tapi aku tak tahu nak berlagak sedangkan hati ini kekadang memiliki rasa cemburu kepada kawan2 yg glamourous sangat bila bleh tulis blog sikit2. hihi...skrg masih peringkat warming up..aku telah meninggalkan arena blogging ini sudah agak lama, laman minda utk ber blog sudahpn bersawang, agaknya nanti CNY (Chinese New Year) yg akan datang ni aku akan cuba menyelak kembali kisah2 atau topik2 lalu utk aku karangkan di dalam blog ni, try to keep it up kembali...dulu maintain 3 blog dalam masa yg sama merupakan hobi dan passion aku, blog cari makan,photoblog dan blog di friendster...skrg smua sudah terkubur, ada yg cakap aku kembali dari hiatus ...tapi okla kan...

Utk aku warming up ni aku rasa biar aku buat posting berkenaan minat dan interest aku kan ...yg follow pn skrg kawan2 yg aku bgtau suruh follow jadi aku tiada kipas susah mati or anybody interested... next posting will be about marriage lepas tu life after marriage supaya ada yg bleh
baca pendapat dari aku ...aku akan post di FB dan maybe aku akan cuba belajar mengarang blog dgn lebih proper sbb apa yg aku tau skrg tak banyak melainkan kena ingat balik --- owh please recall... aku rasa aku nak kena surf blog orang dan tgk macam mana penulisan yg proper utk aku pula... klau nak tgk gaya penulisan aku yg dulu bleh visit http://rafique8.blog.friendster.com/ ... dulu aku meraban banyak di sini sbb seronok2 aku menulis ja... selamat membaca dan berblog kalian ...

Wednesday, January 19, 2011

Mari menghapus rasa bosan di pejabat

Tajuk tu berkenaan masa di pejabat aku yg bosan kekadang aku hapuskan dengan membuat simple origami utk kegunaan pejabat di kawasan cubicle aku...aku ada cubicle kah?...ada meja yg ber partition kira macam dok dalam cubic juga la tu ekkk...

memula yg aku buat ialah I-Phone Dock, ni kira klau besar, I Pad pn bleh...simple tapi praktikal... pastu aku buat benda2 alah macam kotak...dan kekadang aku buat binatang2 ... meja aku banyak gak origami skrg :P bweekk lantak la opis mate nak kata apa... cuba try link ni http://officeorigami.blogspot.com/, banyak gak idea baru kat sini http://www.tinyshiny.com

have fun dan selamat beramal .... hihi jgn mengulat lama2 dah la...ni utk yg masa nya free dan mungkin banyak 'used' paper atas meja

Tuesday, January 18, 2011

Berkongsi sedikit tentang link2 utk orang yg buat kerja pejabat...utk kemudahan nak convert upper/lower case [huruf besar atau huruf kecil] sesuai utk kegunaan dalam word/excel/access, jadi kepada yg nak guna sila klik link ni dan guna...utk memudahkan kerja ...

Tgh dok susun perkakasan :P

Ermm posting masih terus berposting tapi tak publish dan share sbb masih mencari susun letak widgets dan gadgets yg nak di slot in...sukar rupanya nak start kembali ber blog,ilmu scripting pada 2002 dahulu sudah berlainan dgn skrg,kemudahan template yg diberi membuatkan aku malas nak recall kembali [dan sudah tentu nak selongkar cari balik buku2 rujukan menjadi masalah kemalasan] ... posting ini ditaip 2 hari sblm sambutan Thaipusam di Malaysia...aku?tak cuti off course, tiap2 kali aku sampai opis aku akan teringat senyuman anak aku waktu tidurnya,biar aku bangun seawal pagi pn aku akan tersenyum,at least tangisan anak aku tu menandakan dia mahukan sesuatu,aku lebih risau kalau seharian anak aku tak menangis atau berbunyi.

Kepada yg baca jua posting ini dan posting pertama...Thank You for reading, be sure to tune in...InsyaAllah after CNY aku akan publish smua posting dan share [tak sangka ada yg email tanya samada aku akan berenti berblog atau aku akan re-continue], tgk ni ... aku dah restart kan? writing is my hobby and I do like art very much.[ aku dah mula nak 'rojak' bahasa ni, well that's me off course] ... aku suka berblog equivalent dgn menulis, banyak hasil penulisan aku skrg tersimpan di dalam kotak2, bila nak mengemas rumah kekadang aku akan ambil 2 jam utk baca hasil penulisan aku,ada yg dah jadi kenangan manis dan pahit, kenapa aku dah tak aktif menghantar karya? sebab dulu aku hantar pn aku jarang mendedahkan identiti....nama pena le konon,tapi yg pastinya bukan nama pena 'wajib tayang' ataupn LordOfNikon ataupn anggur mahupn sikat ok ...hihi 2 B con't

Monday, January 17, 2011

Refresh the BLOG!

Mari kita berblog kembali...ok laman ni dah lama tak bergerak,jadi aku dah update ni[termasuk kerja2 mengemas dgn mendelete post lama dan pada masa yg lama post yg baru].

Mula2 saya akan meng 'introduce' kan kembali blog saya ini.Tiada Genre tertentu dan blog ini akan dipaparkan dgn bahasa yg agak cacamarba, tiada pembaca pruf yg dibayar utk membetulkan segala kesalahan tatabahasa atau grammer, bahasa 'rojak' yg digunakan adalah paparan sebenar yg saya gunakan utk menggambarkan[dalam perkataan] keadaan sesuatu perbualan,English+Bahasa Malaysia+Arab+Mandarin/Hokkien+Japan+Korea dll akan terserap masuk sedikit.

Blog saya bukan bertujuan utk dipaparkan dalam bentuk diari harian ,jadi klau tiada perkara utk yg saya kongsi,maka saya tidak akan post sebarang entry utk hari tersebut.Blog saya juga adalah pendapat saya dan jika terdapat sebarang pendapat pihak kedua/ketiga akan saya maklumkan. Sebarang link atau benda yg saya ambil/pinjam dari pihak lain akan saya creditkan melainkan tak sengaja apa yg saya buat bersamaan dgn pihak yg claim art/penulisan dia...sila maklumkan saya dahulu sblm membabi buta 'sound' saya,adab yg saya nak jaga sbb kejadian seperti ini pernah berlaku pada saya pada tahun2 yg lepas; salah satu penulisan saya yg dah pn diterbitkan pada 1998 oleh salah sebuah majalah "Dewan..." saya masukkan kembali ke dalam blog saya pada 2002[mula berblog secara aktif]
dikatakan meniru penulisan seseorang [yg blognya mula pada 2001] Bukan salah saya sbb saya memiliki royalti pada karya saya.[sekian penerangan ttg plagiat ni]

Sebarang penulisan mengenai orang ketiga[bukan diri saya] akan saya maklumkan di akhir entry; ini kerana ada entry yg bakal saya masukkan mungkin salah satu pengalaman sahabat/penceritaan yg saya terima.Tetapi bukan semua entry bersifat sedemikian dan klau ada berkaitan dgn si pembaca,mohon maaf saya dahulukan sebab di dunia ini ada perkara yg repetitif dan selektif berkaitan dgn hidup 'kita',klau entry saya bertajuk "Emak kahwinkan aku" mungkin penceritaannya berkaitan dgn pembaca2 yg belum kahwin atau berkehendak utk kahwin tapi melalui pilihan emak masing2 [alkisahnya]

Sebarang posting yg dibuat di sini,klau tuan/puan hendak re-post sebijik sejibam - mohon minta kebenaran (^_^) ok...
bersambung nanti

Friday, February 6, 2009

2009...berpindah rumah...atau menambah rumah?

2009...sesi berpindah rumah ditukar kepada menambah rumah...tatkala aku ada waktu utk melayan kedua-dua bahagian atau "port"... kenapa?...mungkin sebab nak ubah angin atau rumah yg pertama ku dah penuh dan "sarat" dgn kisah2 lama yg menggamit perasaan...dah tiba masanya aku membuka pintu ke rumah baru dgn azam baru dan aspirasi baru...azam yg tertunai alhamdulillah..yg tak tertunai...akan ku tunaikan...dan yg masih tertangguh...ada tikanya akan selesai...janji ku kepada diri sendiri dan bukan janji seorang YB kepada rakyat yg belum tentu tunainya....kepada yg melawat ...selamat melawat...