Powered By Blogger

Wednesday, January 26, 2011

Diari Perjalanan Hari Ini Bhg 1

Salam Blog 1 Dunia...[klau2 ada yg baca di kejauhan]

Mula2 skali macam yg aku nak 'letak'kan di sini, aku tanak blog aku jadi

macam diari hidup aku...kecuali macam harini aku nak letak tajuk Diari

Perjalanan Hari Ini, dan aku mula menaip blog ni kat notepad pada pkl 10

pagi di kala kurang dari sepuluh orang di dalam ofis aku akibat semalam

dinner ofis sakan di Hokkaido Restaurant kat Gurney, aku plan nak attend

tapi aku tak jadi sbb atas beberapa sebab yg membuatkan aku gusar

sangat...sekejap aku menyimpang dari tujuan asal tajuk blog harini,ni

kira flashback sbb apa aku tak hadiri jamuan ofis semalam...begini

ceritanya:-

Mula2 aku akan bercerita kenapa aku tanak join dinner, aku was2 dgn

restoran berkenaan, macam tak halal jerk. Lepastu aku dah ada anak bini

menunggu di rumah,klau boleh bawak diorang lain le cerita, ni anak kecil

lagi lepastu bini penat balik kerja jauh...sayang bini aku sebab dia

berulang alik dari Bedong ke rumah aku di Butterworth...60km lebih tu.
Dan akhir skali harini nak kerja, klau aku attend dinner konfem aku

balik lewat gilos, klau feri, ya ampun....mesti dalam 12 tgh malam la

aku sampai.Kalau feri aduh, meredah angin malam naik motorsikal sure

agak dingin terasa...No way Jose, Never Say No attitude must change...

Berbalik kepada Diari Perjalanan Hari Ini, seawal 5.30pagi bangun

sedangkan tidur selewat pkl 2pagi sbb penangan dek kopi dan membaca

manual printer HP yg tak faham2 masalah menimpa printer tersebut, james

baum sungguh masalah menimpa, call HP center,dia suruh try baca

troubleshooting[dah baca tapi aku tak faham].So bangun pagi buat kerja

rutin ubah kereta yg dok bawah porch, pastu perangat enjin

motor.Kemudian solat Subuh, babai bini pergi kerja, main dgn anak,buat

susu dan susukan anak sampai tidur. santapan pagi sambil tgk Raudhah

TV9,sambil bukak PC...tgk FB dan Tahniah kepada Abg Shairol dan Kak Zura

atas kelahiran baby boy mereka yg baru...syiok dapat anak ni :).Selesai,

terus gerak ke ofis...melalui hiway ke Jambatan Pulau Pinang.

Peristiwa2 semasa merentasi hiway dan Jambatan P.Pinang tadi pagi masih

terbayang di kepala otak aku, bersyukur skrg aku dah berada di ofis tgh

menunggu waktu lunch datang tiba. Peristiwa apa ekk? Ini ceritanya,

mula2 aku keluar dari kawasan perumahan ja aku dah menjadi saksi kepada

kemalangan yg baru sahaja berlaku, darah masih basah di atas jalan,

mangsa2 dah diubah ke tepi,kemudian waktu aku merentasi hiway,ada lori

yg membawa pasir kasar menghimpit aku yg hanya naik motor...yg aku

marahnya sebab lori tu langgar jalan yg tak rata dan pasir2 tu jatuh ke

atas aku dan jalanraya...darn in, sket ja lagi aku nak tergelincir

jatuh...horn moto aku tak berbunyi plak...lepas try balancing diri aku

memecut laju motor aku,baru ja aku plan nak bawak relaks2.Kemudian mula

nak sampai di tol jambatan, ada banyak kenderaan berhenti di pinggir

jalan dan hampir menyebabkan aku terlanggar beberapa kenderaan, sebab

aku dihimpit kenderaan besar dan tiada ruang utk aku di tepi, beberapa

motor di hadapan aku membrek mengejut akibat yg sama,jambatan macam

biasa je, kenderaan memandu selaju yg mungkin, disulam angin yg kencang

menyukarkan aku beberapa kali aku hampir jatuh bila treler dan lori

besar lalu di sebelah aku, sangat sukar, tambahan ada kemalangan atas

jambatan yg menyebabkan trafik menjadi 'congested'

Chup chup peyut dah bunyik ... nak lunch sambung kendian hihi poton

sungguh (d}.@.@.{b)
_UU_

No comments:

Post a Comment