Powered By Blogger

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Solat

Alhamdulillah tadi bangun sebelum ke tempat kerja aku sempat tonton Raudhah at TV9...Bhg 1 Khusyuk dalam solat... pertanyaan Ustaz akan solat kita ni ilmu yg kita perbaharui atau ilmu yg kita bawa dari kecil; zaman sekolah rendah? sesungguhnya perjalanan di dunia ini tak ubah seperti kita menyusui madrasah ilmu jadi ilmu fardhu ain dan kifayah kita seharusnya di 'tambah' selari pertambahan usia kita. Beliau (ustaz) menyarankan kita agar 'overhaul' ilmu solat kita agar kita lebih mudah utk mengkhusyuk kan solat...aku pasti korang juga macam aku, tak pernah khusyuk solat, maaf klau pertanyaan ini ibarat pertuduhan.

Bab solat ni, Insya Allah aku rasa kepada para jejaka yg nak kahwin ramai yg cuba refresh balik ilmu solat, even ada yg bertanyakan aku macam2 pasal solat dan persoalan yg bakal di'cuba' sblm akad nikah atau sblm menjadi suami/isteri smoga kita akan praktikkan ilmu yg kita tambah dan perbaharui tu,kenapa aku cakap perbaharui...sbb solat yg kita bawa kadang2 utk sesetengah Muslim adalah ilmu budak2, solat photostat bukan solat ilmiah, [aku pn sama dengan je] mungkin tahun baru ni aku bertekad, paling tidak pn aku refresh maksud2 lafaz dalam solat termasuk surah Al-Fatihah dan surah2 lazim yg aku sering ulang aku mengajak jua kepada yg baca ni utk sama2 menambah ilmu...satu lagi perkara yg ustaz tersebut sarankan... 'kuat'kan ilmu cara bacaan Al-Fatihah yg betul...penting sebab surah berkenaan adalah salah satu rukun solat ... smoga sedikit ilmu yg aku kongsi ni bermanfaat utk semua ... klau dulu 'kita' tergolong dalam 80% muslim yg jarang sempat bersolat 5 waktu, jangan kita jatuh ke dalam golongan yg jarang2 bersolat atau cuma bersolat Jumaat sahaja...mari kita masuk dalam golongan 1% yg menunaikan solat jemaah di masjid..Insya Allah a'la kullihal ... selamat beramal

No comments:

Post a Comment