Powered By Blogger

Tuesday, January 25, 2011

Cerita pasal Filem tgk

Apa pendapat anda tentang filem2 barat yg men'jajah' panggung kita skrg? Mesti ada yg tak setujua perkataan 'jajah' ini ditaip kan? Aku ada sebab tertentu kenapa aku letak jajah,sbb klau aku kira dulu mereka jajah kita secara fizikal, skrg secara mental la,satu perbandingan yg menyebabkan kadang2 filem Malaysia jauh ketinggalan. Kenapa aku menulis tentang perkara2 ini adalah kerana aku rasakan kalau sesuatu benda yg menarik utk ditayangkan adalah pasti untuk peminat atau penonton pergi melihat, betul kan?...filem2 Malaysia seolah2 memiliki 'musim' yg tertentu, aku agak 'tak suka' dgn 'musim2' tersebut. Mungkin agak sinikal klau aku katakan dulu aku memang tak suka masuk panggung kalau nak tengok cerita2 Melayu, waktu tu sure 'musim' cerita cinta-cintun. Sekarang aku rasa filem2 Melayu sudah 'maju' setapak, kadang2 cerita2 yg korang tak suka aku suka, sebab kelainan agaknya, pengarah2 macam Arwah Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Ahmad Idham dll lagi...dengar kata filem Khurafat arahan Shamsul Yusoff juga menarik, tapi skrg dah sampai waktu aku muak dgn filem2 seram...'musim' filem Malaysia buat filem seram agaknya...Aku masuk panggung tak? Ya aku masuk, cerita apa yg aku tengok? ermm ikut mood agaknya, sebab itula aku mahukan kelainan setiap kali aku nak tgk wayang, aku bukan protagonis kepada filem2 barat mahupn aku antagonis kepada filem2 tempatan, cuma aku harap kepelbagaian sahaja. Aku tgk Talentime arahan Yasmin Ahmad dgn rasa, cerita ni bagus tapi panggung tak sampai 50% penontonnya, hello...aku tonton hujung minggu ni beb. Cerita2 merepek dari barat masih ramai yg memenuhi panggung walaupn dah baca review kata cerita tu cuma B class sahaja.

Cerita baru yg akan keluar tajuknya No String Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher yg mengisahkan tentang macammana Casual Sex 'dibenarkan' atau OK bagi orang2 barat...adakah filem ini akan melepasi tapisan LPF dan FINAS utk ditayangkan di Malaysia? Tunggu dan lihat lah sebab macam dalam satu wawancara yg aku tgk di salah sebuah stesen televisyen tempatan seorang dato' yg bergelar penerbit/pengarah mengatakan LPF di Malaysia skrg lebih 'terbuka' utk menerima pelbagai genre filem, klau macam tu adakah filem Malaysia akan berkembang sealiran dgn filem2 luar, atau filem Malaysia akan jadi macam Bollywood, not bad juga...tapi mampukah? Tungguuuuu nanti kita tgk macam mana jadi...

p/s: sorry tak ingat dan tak belajar nak buat linkage lagi...akan belajar dan link kan perkara2 yg disebut ... Maaf dipinta

1 comment: