Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

Alahai Pengutip Dana, sungguh kasihan

Salam 1 Malaysia macam slalu...

Topik hari ini ... kanak2 dijadikan 'pengutip dana' utk satu2 organisasi...patut atau tak?
Apa yg dapat aku simpulkan ... aku sungguh tak bersetuju kepada propaganda ini, ia mungkin terjadi atas sebab organisasi tersebut ingin memajukan tujuan atau objektif tertentu tapi kekurangan dana utk meneruskannya, bagi aku kan...klau satu organisasi non profit itu ditubuhkan ada caranya utk kita mendapatkan dana, bleh kita mencuba kepada badan2 berkanun yg tertentu dan ada jua cara alternatif seperti menghebahkan kepada media massa, tambahan skrg ni banyak saluran 'percuma' demi kebajikan.

Aku pernah menemuramah seorang dari 'pengutip dana'[ada hati nak jadi wartawan tu], aku rasa kes yg sama korang hadapi bila nak isi minyak di stesen atau bawa keluar duit di
ATM [auto teller machine okek, bukan angkatan Tentera ]. Mula2 aku tanya soalan2 yg standard la macam kebanyakkan orang tanya, soalan2 seperti "Dari mana ni?
""Kutipan utk apa ni?" dsb, lepastu aku mula bertanya soalan yg agak 'out of the box' agaknya dia pn tak expect... "Dik cakap tadi macam dialog yg orang ajar ja?""Tadi abang jumpa orang kutip dana macam adik gak di ******* dia pun cakap macam adik juga, jual barang macam ni juga, kawan adik ka?""Abang nak jumpa orang yg hantar adik ni, abang nak tanya dia berapa lagi tak cukup dana" soalan2 macam ni buat adik tu terkejut, terlopong dan dia lantas gegas pergi dgn pantas, aku panggil dia balik dan dia dah tak toleh belakang.

Kesian aku kepada apa yg terjadi dgn diorang ni, tambahan lepas baca petikan di KOSMOS ni, tak sangka 'mereka' dipergunakan sebegitu. Kenapa aku bangkitkan isu ni? sebabnya tadi aku isi minyak aku dah di 'attack' oleh adik2 ni...dan nak dijadikan cerita aku sempat melihat van yg menurunkan adik2 ni,drivernya wanita 30an...maaf klau aku kata aku t
ak 'hulur' tapi apa yg aku buat aku mula tanya soalan ... "Lepas ni adik ke mana pula?""Van no KB***** ni ka yang ambik?" skali lagi diorang terlopong, diorang cuma balas "Tolong la abang, bantu kami", apa yg aku nampak di wajah budak ni, bukan wajah yg nak dikasihani sbb kesusahan, tapi wajah 'takut'...mungkin takut didenda jika gagal memenuhi 'quota' yg dikenakan oleh pengendali mereka.





Ini adalah contoh resit yg mereka akan berikan ... utk pengetahuan semua aku ada 15 resit ni dah. Banyak kan? [yg gambar ni aku pinjam dari internet, sebijik sejibam resit ni sama dgn resit yg aku miliki]Ada ketika aku ada cakap kepada beberapa orang yg 'berduit' apakata call no ni dan tanya macam mana nak buat sumbangan... ada skali bila dilawat[bukan tempat tertera di resit ni], salah sebuah tempat di Perak nun ... kalau no yg tertera di resit ni korang nak call nak bagi sumbangan...please lawat dulu. Takut jadi macam kami, bila sampai ja di Perak, apa yg kami lihat penempatan yg sangat dhaif tapi banyak van teratur di luarnya, kami 'usha' selama 4 jam dari pagi sampai tengahari nak tgk aktiviti yg berlaku, kami nampak adik2 ni seawal pagi dah naik van2 ni utk dihantar ke tempat2 tertentu, aku tak tuduh melulu kerana apa yg aku lihat dan ekori aku dapat maklumat [utk pgtahuan yg baca posting ni, kejadian ni setahun lepas, maklumat dah di diberi kepada akhbar tempatan, beserta gambar skodeng aktiviti ini], aku pn ada 'menemuramah' salah sorang adik yg sempat aku jumpa depan ATM, dia dah nak lari tapi aku sempat tangkat tangannya...aku bawa dia p minum [lepas aku usha line clear, sebab adik ni cakap diorang diperhatikan] aku tanya la soalan2 yg banyak...dan ternyata kesangsian aku terjawab, adik ni ada bagi no phone mak saudaranya dan kami telefon cerita akan kesusahan yg dia hadapi dalam organisasi berkenaan, mula2 kami dituduh macam2 tapi lepas aku bagi nama adik tu dan beberapa 'kronologi peristiwa' yg berlaku, mak saudaranya akur dan berterima kasih. Disingkatkan cerita sebulan lepas tu sahabat aku yg berkenaan dihubungi dan diucapkan terima kasih dan daripada perbualan itu, aku dapati organisasi berkenaan telah dibubarkan... sekian wallahu alam [aku ada kerja nak buat]

2 comments:

  1. Salam hormat,

    saya ni baru je dalam dunia blogging ni. jumpa link kamu dari blog Lisa. saya follow kamu ok?

    em, macam yang kamu cakap kan ni, masalah ni dah jadi serius sangat, sampai kadang kadang, bukan rasa kasihan, tapi marah bila tengok.

    sebba tu kalau saya, jumpa kanak kanak yang minta sedekah di kedai makan, saya akan suruh dia duduk, dan order makanan untuk dia. kalau saya ada bawa makanan dalam bungkusan macam roti, candy dan sebagai nya, saya akan bagi terus.

    kalau bagi duit, banyak mana pun, semua ke perut tokey dia. kalau bagi makanan, at least terbayar lah penat lelah dia berjalan.

    kan?

    -AJ-
    http://canyoubrainthis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. itu la kak aya pun kesian dengan budak-budak yang ditugaskan untuk mengutip derma, sekarang ni boleh jumpa kat mana-mana je, depan bank pun ada, betul-betul berdiri kat depan pintu.

    ReplyDelete