Powered By Blogger

Monday, January 17, 2011

Refresh the BLOG!

Mari kita berblog kembali...ok laman ni dah lama tak bergerak,jadi aku dah update ni[termasuk kerja2 mengemas dgn mendelete post lama dan pada masa yg lama post yg baru].

Mula2 saya akan meng 'introduce' kan kembali blog saya ini.Tiada Genre tertentu dan blog ini akan dipaparkan dgn bahasa yg agak cacamarba, tiada pembaca pruf yg dibayar utk membetulkan segala kesalahan tatabahasa atau grammer, bahasa 'rojak' yg digunakan adalah paparan sebenar yg saya gunakan utk menggambarkan[dalam perkataan] keadaan sesuatu perbualan,English+Bahasa Malaysia+Arab+Mandarin/Hokkien+Japan+Korea dll akan terserap masuk sedikit.

Blog saya bukan bertujuan utk dipaparkan dalam bentuk diari harian ,jadi klau tiada perkara utk yg saya kongsi,maka saya tidak akan post sebarang entry utk hari tersebut.Blog saya juga adalah pendapat saya dan jika terdapat sebarang pendapat pihak kedua/ketiga akan saya maklumkan. Sebarang link atau benda yg saya ambil/pinjam dari pihak lain akan saya creditkan melainkan tak sengaja apa yg saya buat bersamaan dgn pihak yg claim art/penulisan dia...sila maklumkan saya dahulu sblm membabi buta 'sound' saya,adab yg saya nak jaga sbb kejadian seperti ini pernah berlaku pada saya pada tahun2 yg lepas; salah satu penulisan saya yg dah pn diterbitkan pada 1998 oleh salah sebuah majalah "Dewan..." saya masukkan kembali ke dalam blog saya pada 2002[mula berblog secara aktif]
dikatakan meniru penulisan seseorang [yg blognya mula pada 2001] Bukan salah saya sbb saya memiliki royalti pada karya saya.[sekian penerangan ttg plagiat ni]

Sebarang penulisan mengenai orang ketiga[bukan diri saya] akan saya maklumkan di akhir entry; ini kerana ada entry yg bakal saya masukkan mungkin salah satu pengalaman sahabat/penceritaan yg saya terima.Tetapi bukan semua entry bersifat sedemikian dan klau ada berkaitan dgn si pembaca,mohon maaf saya dahulukan sebab di dunia ini ada perkara yg repetitif dan selektif berkaitan dgn hidup 'kita',klau entry saya bertajuk "Emak kahwinkan aku" mungkin penceritaannya berkaitan dgn pembaca2 yg belum kahwin atau berkehendak utk kahwin tapi melalui pilihan emak masing2 [alkisahnya]

Sebarang posting yg dibuat di sini,klau tuan/puan hendak re-post sebijik sejibam - mohon minta kebenaran (^_^) ok...
bersambung nanti

2 comments: