Powered By Blogger

Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya Tersungkur ... Headlines utk Blog aku kali ini, yela...tak nak terlepas juga dari insan yg melahirkan rasa kekecewaan atas beberapa faktor yang menyumbang ke arah kejatuhan ni. Nak berperang tapi kelengkapan tak cukup. Berperang dengan 'pistol' bertembung dengan 'homing missile' ibarat kata aku la, ... Malaysia bermain dengan serba serbi kurang, mungkin banyak faktor jua. Gugup mungkin salah satu, mcm aksi antarabangsa, ada pre-jitter match bila bertandang ke padang lawan...tak nafikan kondisi padang yg less average. Mutu pengadilan juga menjadi tanda tanya bilamana keputusan yang dibuat pengadil menjadi duri dalam daging si harimau. Tersimpan taring sang harimau ranap dek gajah. Aku selaku penonton bersama beberapa Ultras Malaya terpaksa menerima hakikat, sorakkan di Supachalasai Stadium (สนามศุภชลาศัย)hanya menjadi kebisingan di telinga para pejuang harimau ... harap2 nanti Harimau akan bangkit, mungkin untuk Sukan SEA ... Selamanya Harimau Malaya
"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

Thursday, December 13, 2012

Setelah menyepi hampir 2 tahun ... kira bulan satu 2011 dan skrg bulan dua belas 2012, kenapa ekk? entahlah, aku slalu sibuk dgn hal dunia, keluarga dan peribadi. Sekarang hidup aku makin tersusun sebab dulu memang kelam kabut sket sebab apa yang terjadi selalu tiada dalam perancangan :) Hadapi dengan senyuman Tunggu game Malaysia VS Thailand

Saturday, January 29, 2011

Alahai Pengutip Dana, sungguh kasihan

Salam 1 Malaysia macam slalu...

Topik hari ini ... kanak2 dijadikan 'pengutip dana' utk satu2 organisasi...patut atau tak?
Apa yg dapat aku simpulkan ... aku sungguh tak bersetuju kepada propaganda ini, ia mungkin terjadi atas sebab organisasi tersebut ingin memajukan tujuan atau objektif tertentu tapi kekurangan dana utk meneruskannya, bagi aku kan...klau satu organisasi non profit itu ditubuhkan ada caranya utk kita mendapatkan dana, bleh kita mencuba kepada badan2 berkanun yg tertentu dan ada jua cara alternatif seperti menghebahkan kepada media massa, tambahan skrg ni banyak saluran 'percuma' demi kebajikan.

Aku pernah menemuramah seorang dari 'pengutip dana'[ada hati nak jadi wartawan tu], aku rasa kes yg sama korang hadapi bila nak isi minyak di stesen atau bawa keluar duit di
ATM [auto teller machine okek, bukan angkatan Tentera ]. Mula2 aku tanya soalan2 yg standard la macam kebanyakkan orang tanya, soalan2 seperti "Dari mana ni?
""Kutipan utk apa ni?" dsb, lepastu aku mula bertanya soalan yg agak 'out of the box' agaknya dia pn tak expect... "Dik cakap tadi macam dialog yg orang ajar ja?""Tadi abang jumpa orang kutip dana macam adik gak di ******* dia pun cakap macam adik juga, jual barang macam ni juga, kawan adik ka?""Abang nak jumpa orang yg hantar adik ni, abang nak tanya dia berapa lagi tak cukup dana" soalan2 macam ni buat adik tu terkejut, terlopong dan dia lantas gegas pergi dgn pantas, aku panggil dia balik dan dia dah tak toleh belakang.

Kesian aku kepada apa yg terjadi dgn diorang ni, tambahan lepas baca petikan di KOSMOS ni, tak sangka 'mereka' dipergunakan sebegitu. Kenapa aku bangkitkan isu ni? sebabnya tadi aku isi minyak aku dah di 'attack' oleh adik2 ni...dan nak dijadikan cerita aku sempat melihat van yg menurunkan adik2 ni,drivernya wanita 30an...maaf klau aku kata aku t
ak 'hulur' tapi apa yg aku buat aku mula tanya soalan ... "Lepas ni adik ke mana pula?""Van no KB***** ni ka yang ambik?" skali lagi diorang terlopong, diorang cuma balas "Tolong la abang, bantu kami", apa yg aku nampak di wajah budak ni, bukan wajah yg nak dikasihani sbb kesusahan, tapi wajah 'takut'...mungkin takut didenda jika gagal memenuhi 'quota' yg dikenakan oleh pengendali mereka.





Ini adalah contoh resit yg mereka akan berikan ... utk pengetahuan semua aku ada 15 resit ni dah. Banyak kan? [yg gambar ni aku pinjam dari internet, sebijik sejibam resit ni sama dgn resit yg aku miliki]Ada ketika aku ada cakap kepada beberapa orang yg 'berduit' apakata call no ni dan tanya macam mana nak buat sumbangan... ada skali bila dilawat[bukan tempat tertera di resit ni], salah sebuah tempat di Perak nun ... kalau no yg tertera di resit ni korang nak call nak bagi sumbangan...please lawat dulu. Takut jadi macam kami, bila sampai ja di Perak, apa yg kami lihat penempatan yg sangat dhaif tapi banyak van teratur di luarnya, kami 'usha' selama 4 jam dari pagi sampai tengahari nak tgk aktiviti yg berlaku, kami nampak adik2 ni seawal pagi dah naik van2 ni utk dihantar ke tempat2 tertentu, aku tak tuduh melulu kerana apa yg aku lihat dan ekori aku dapat maklumat [utk pgtahuan yg baca posting ni, kejadian ni setahun lepas, maklumat dah di diberi kepada akhbar tempatan, beserta gambar skodeng aktiviti ini], aku pn ada 'menemuramah' salah sorang adik yg sempat aku jumpa depan ATM, dia dah nak lari tapi aku sempat tangkat tangannya...aku bawa dia p minum [lepas aku usha line clear, sebab adik ni cakap diorang diperhatikan] aku tanya la soalan2 yg banyak...dan ternyata kesangsian aku terjawab, adik ni ada bagi no phone mak saudaranya dan kami telefon cerita akan kesusahan yg dia hadapi dalam organisasi berkenaan, mula2 kami dituduh macam2 tapi lepas aku bagi nama adik tu dan beberapa 'kronologi peristiwa' yg berlaku, mak saudaranya akur dan berterima kasih. Disingkatkan cerita sebulan lepas tu sahabat aku yg berkenaan dihubungi dan diucapkan terima kasih dan daripada perbualan itu, aku dapati organisasi berkenaan telah dibubarkan... sekian wallahu alam [aku ada kerja nak buat]

Wednesday, January 26, 2011

Diari Perjalanan Hari Ini Bhg 2

Lunch dah sudah ...sambung menaip ... smua pakat ada meeting tinggal aku terkontang kanting, tugasan yg diorang bagi aku dah selesaikan...memang klau nampak file bertimbun nak kena key in data dan sebagainya...tapi disebabkan kemudahan yg ada dalam komputer, untung klau ada ilmu selaku end user dalam application yg melibatkan workbook dan documents ni...

Berbalik kepada cerita yg nak disambung tadi...hari ni macam ada suwey ketika aku menyeberangi Jambatan Pulau Pinang aku macam dah bau pelik ...alih2 khinzz ada depan ... satu lori...busuk punya orang, aku terus 'overtake' dek tak tahan bau yg macam najis, sebbaik tadak air2 busuk berterbangan kena aku. Dah hampir nak sampai aku skali lagi dihimpit oleh lori besar,drebanya seorang India yg hanya senyum bila aku mencebik muka ... aku bagaikan dalam wind tunnel...nak merentasi angin yg ditimbulkan ...macam nak terjatuh motor skali lagi demmit... akhir kata aku sampai ofis...

kuang kuang kuang...ada kurang dari soploh orang yg tgh dok menyembang, apa dah jadi semalam? ooo ada yg apply additional leave dan ada yg MC rupanya gara2 seronok berparty tatkala Company Dinner smlm ... Boss pn tak masuk...tunggu punya tunggu aku dah macam pancing ikan ni, tersengguk2 mengantuk...kerja mula menimbun...aku ke belakang utk bersenam dan aku terus buat keja dan habis [malas dah nak bercerita...susah rupanya nak buat diari, ok I gave up diary la klau mcm ni] sambung lagi nanti ...

Diari Perjalanan Hari Ini Bhg 1

Salam Blog 1 Dunia...[klau2 ada yg baca di kejauhan]

Mula2 skali macam yg aku nak 'letak'kan di sini, aku tanak blog aku jadi

macam diari hidup aku...kecuali macam harini aku nak letak tajuk Diari

Perjalanan Hari Ini, dan aku mula menaip blog ni kat notepad pada pkl 10

pagi di kala kurang dari sepuluh orang di dalam ofis aku akibat semalam

dinner ofis sakan di Hokkaido Restaurant kat Gurney, aku plan nak attend

tapi aku tak jadi sbb atas beberapa sebab yg membuatkan aku gusar

sangat...sekejap aku menyimpang dari tujuan asal tajuk blog harini,ni

kira flashback sbb apa aku tak hadiri jamuan ofis semalam...begini

ceritanya:-

Mula2 aku akan bercerita kenapa aku tanak join dinner, aku was2 dgn

restoran berkenaan, macam tak halal jerk. Lepastu aku dah ada anak bini

menunggu di rumah,klau boleh bawak diorang lain le cerita, ni anak kecil

lagi lepastu bini penat balik kerja jauh...sayang bini aku sebab dia

berulang alik dari Bedong ke rumah aku di Butterworth...60km lebih tu.
Dan akhir skali harini nak kerja, klau aku attend dinner konfem aku

balik lewat gilos, klau feri, ya ampun....mesti dalam 12 tgh malam la

aku sampai.Kalau feri aduh, meredah angin malam naik motorsikal sure

agak dingin terasa...No way Jose, Never Say No attitude must change...

Berbalik kepada Diari Perjalanan Hari Ini, seawal 5.30pagi bangun

sedangkan tidur selewat pkl 2pagi sbb penangan dek kopi dan membaca

manual printer HP yg tak faham2 masalah menimpa printer tersebut, james

baum sungguh masalah menimpa, call HP center,dia suruh try baca

troubleshooting[dah baca tapi aku tak faham].So bangun pagi buat kerja

rutin ubah kereta yg dok bawah porch, pastu perangat enjin

motor.Kemudian solat Subuh, babai bini pergi kerja, main dgn anak,buat

susu dan susukan anak sampai tidur. santapan pagi sambil tgk Raudhah

TV9,sambil bukak PC...tgk FB dan Tahniah kepada Abg Shairol dan Kak Zura

atas kelahiran baby boy mereka yg baru...syiok dapat anak ni :).Selesai,

terus gerak ke ofis...melalui hiway ke Jambatan Pulau Pinang.

Peristiwa2 semasa merentasi hiway dan Jambatan P.Pinang tadi pagi masih

terbayang di kepala otak aku, bersyukur skrg aku dah berada di ofis tgh

menunggu waktu lunch datang tiba. Peristiwa apa ekk? Ini ceritanya,

mula2 aku keluar dari kawasan perumahan ja aku dah menjadi saksi kepada

kemalangan yg baru sahaja berlaku, darah masih basah di atas jalan,

mangsa2 dah diubah ke tepi,kemudian waktu aku merentasi hiway,ada lori

yg membawa pasir kasar menghimpit aku yg hanya naik motor...yg aku

marahnya sebab lori tu langgar jalan yg tak rata dan pasir2 tu jatuh ke

atas aku dan jalanraya...darn in, sket ja lagi aku nak tergelincir

jatuh...horn moto aku tak berbunyi plak...lepas try balancing diri aku

memecut laju motor aku,baru ja aku plan nak bawak relaks2.Kemudian mula

nak sampai di tol jambatan, ada banyak kenderaan berhenti di pinggir

jalan dan hampir menyebabkan aku terlanggar beberapa kenderaan, sebab

aku dihimpit kenderaan besar dan tiada ruang utk aku di tepi, beberapa

motor di hadapan aku membrek mengejut akibat yg sama,jambatan macam

biasa je, kenderaan memandu selaju yg mungkin, disulam angin yg kencang

menyukarkan aku beberapa kali aku hampir jatuh bila treler dan lori

besar lalu di sebelah aku, sangat sukar, tambahan ada kemalangan atas

jambatan yg menyebabkan trafik menjadi 'congested'

Chup chup peyut dah bunyik ... nak lunch sambung kendian hihi poton

sungguh (d}.@.@.{b)
_UU_

Kisah Solat

Alhamdulillah tadi bangun sebelum ke tempat kerja aku sempat tonton Raudhah at TV9...Bhg 1 Khusyuk dalam solat... pertanyaan Ustaz akan solat kita ni ilmu yg kita perbaharui atau ilmu yg kita bawa dari kecil; zaman sekolah rendah? sesungguhnya perjalanan di dunia ini tak ubah seperti kita menyusui madrasah ilmu jadi ilmu fardhu ain dan kifayah kita seharusnya di 'tambah' selari pertambahan usia kita. Beliau (ustaz) menyarankan kita agar 'overhaul' ilmu solat kita agar kita lebih mudah utk mengkhusyuk kan solat...aku pasti korang juga macam aku, tak pernah khusyuk solat, maaf klau pertanyaan ini ibarat pertuduhan.

Bab solat ni, Insya Allah aku rasa kepada para jejaka yg nak kahwin ramai yg cuba refresh balik ilmu solat, even ada yg bertanyakan aku macam2 pasal solat dan persoalan yg bakal di'cuba' sblm akad nikah atau sblm menjadi suami/isteri smoga kita akan praktikkan ilmu yg kita tambah dan perbaharui tu,kenapa aku cakap perbaharui...sbb solat yg kita bawa kadang2 utk sesetengah Muslim adalah ilmu budak2, solat photostat bukan solat ilmiah, [aku pn sama dengan je] mungkin tahun baru ni aku bertekad, paling tidak pn aku refresh maksud2 lafaz dalam solat termasuk surah Al-Fatihah dan surah2 lazim yg aku sering ulang aku mengajak jua kepada yg baca ni utk sama2 menambah ilmu...satu lagi perkara yg ustaz tersebut sarankan... 'kuat'kan ilmu cara bacaan Al-Fatihah yg betul...penting sebab surah berkenaan adalah salah satu rukun solat ... smoga sedikit ilmu yg aku kongsi ni bermanfaat utk semua ... klau dulu 'kita' tergolong dalam 80% muslim yg jarang sempat bersolat 5 waktu, jangan kita jatuh ke dalam golongan yg jarang2 bersolat atau cuma bersolat Jumaat sahaja...mari kita masuk dalam golongan 1% yg menunaikan solat jemaah di masjid..Insya Allah a'la kullihal ... selamat beramal

Tuesday, January 25, 2011

Cerita pasal Filem tgk

Apa pendapat anda tentang filem2 barat yg men'jajah' panggung kita skrg? Mesti ada yg tak setujua perkataan 'jajah' ini ditaip kan? Aku ada sebab tertentu kenapa aku letak jajah,sbb klau aku kira dulu mereka jajah kita secara fizikal, skrg secara mental la,satu perbandingan yg menyebabkan kadang2 filem Malaysia jauh ketinggalan. Kenapa aku menulis tentang perkara2 ini adalah kerana aku rasakan kalau sesuatu benda yg menarik utk ditayangkan adalah pasti untuk peminat atau penonton pergi melihat, betul kan?...filem2 Malaysia seolah2 memiliki 'musim' yg tertentu, aku agak 'tak suka' dgn 'musim2' tersebut. Mungkin agak sinikal klau aku katakan dulu aku memang tak suka masuk panggung kalau nak tengok cerita2 Melayu, waktu tu sure 'musim' cerita cinta-cintun. Sekarang aku rasa filem2 Melayu sudah 'maju' setapak, kadang2 cerita2 yg korang tak suka aku suka, sebab kelainan agaknya, pengarah2 macam Arwah Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Ahmad Idham dll lagi...dengar kata filem Khurafat arahan Shamsul Yusoff juga menarik, tapi skrg dah sampai waktu aku muak dgn filem2 seram...'musim' filem Malaysia buat filem seram agaknya...Aku masuk panggung tak? Ya aku masuk, cerita apa yg aku tengok? ermm ikut mood agaknya, sebab itula aku mahukan kelainan setiap kali aku nak tgk wayang, aku bukan protagonis kepada filem2 barat mahupn aku antagonis kepada filem2 tempatan, cuma aku harap kepelbagaian sahaja. Aku tgk Talentime arahan Yasmin Ahmad dgn rasa, cerita ni bagus tapi panggung tak sampai 50% penontonnya, hello...aku tonton hujung minggu ni beb. Cerita2 merepek dari barat masih ramai yg memenuhi panggung walaupn dah baca review kata cerita tu cuma B class sahaja.

Cerita baru yg akan keluar tajuknya No String Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher yg mengisahkan tentang macammana Casual Sex 'dibenarkan' atau OK bagi orang2 barat...adakah filem ini akan melepasi tapisan LPF dan FINAS utk ditayangkan di Malaysia? Tunggu dan lihat lah sebab macam dalam satu wawancara yg aku tgk di salah sebuah stesen televisyen tempatan seorang dato' yg bergelar penerbit/pengarah mengatakan LPF di Malaysia skrg lebih 'terbuka' utk menerima pelbagai genre filem, klau macam tu adakah filem Malaysia akan berkembang sealiran dgn filem2 luar, atau filem Malaysia akan jadi macam Bollywood, not bad juga...tapi mampukah? Tungguuuuu nanti kita tgk macam mana jadi...

p/s: sorry tak ingat dan tak belajar nak buat linkage lagi...akan belajar dan link kan perkara2 yg disebut ... Maaf dipinta